Assalamua'laikum wbt & salam Sejahtera
Terlebih dahulu saya ingin memuji Allah SWT yang menjadikan pembagai pelajaran dan dugaan yang banyak sekali dalam hidup saya. Sunggih, tanpa sebarang ujian dan dugaan manusia akan kekal lalai dan tiada usaha.
Ya Allah, mewahkanlah Rezeki kami dan berkatilah ia yang akan menjadi darah daging kami. Dengan rezeki yang berkat, bersih akan menguatkan keimanan kami kepada kekuasaanMu.
Sejak mula bekerja, saya gemar membuat pekerjaan yang tiada minat pada golongan yang sebaya saya. Saya sukakan cabaran dan kerap menaik taraf pengalaman dan kemahiran kediri saya.
Hari, ini saya renung jauh kedalam mata hati saya, adakah saya telah berada diatas landasan yang betul ataupun ianya masih samar-samar. Ramai yang diluar sana berjaya dalam hidup kerana telah direzekikan mendapat kekakayaan demi kekayaan dalam masa yang singkat. Mendapat nikmat dan kekayaan yang berterusan tanpa rasa kesusahan sedikit pun.
Berbeza bukan, Allah ciptakan tiap-tiap jiwa dari kita semua. Andaikan semua manusia kaya, berpengaruh dan punya harta setinggi gunung emas. Apakah ikan dilaut, ternakan didarat dapat kepada kita dengan sendirinya? sudah tentu tidak. Kerana itulah perlu sangat semua manusia yang hidup diatas bumi mengagungkan Allah Yang Maha Bijaksana yang telah menyusun segalanya pada tempat dan kedudukannya.
Oleh itu, berbanyakanlah bersyukur yang sedang kaya dan berilah ruang dan peluang kepada kami untuk jadi seperti anda tanpa meninggalkan Allah setelah berjaya dan kaya. Doronglah kami menjadi manusia sejati dan bertanggungjawab.
Oleh itu, berbanyakanlah bersyukur yang sedang kaya dan berilah ruang dan peluang kepada kami untuk jadi seperti anda tanpa meninggalkan Allah setelah berjaya dan kaya. Doronglah kami menjadi manusia sejati dan bertanggungjawab.
terima kasih
Panca-Rabak
Ulasan
Catat Ulasan