Langkau ke kandungan utama

#Episode 1 : Epik Intro!

Salam

Sebagai mukaddimah, Jauhi sikap tamak dan mendahulukan Kemahuan.

Sebagai seorang pekerja am, aku juga tak lari dari hutang. Cuba cari 2-3 orang kawan kau yang bebas hutang. Maksudnya, dia memang dari ko kenal tak pernah berhutang, setiap hari dia datang ke tempat kerja dengan naik basikal, tidur di rumah flat yang sewa tak sampai 10% gaji yang dia dapat setiap bulan. Kawan yang selalu ko tengok di tak pi pun makan kat kedai macam ko. Dia tak isap rokok atau vape dan dia jugak tak pernah pelawa ko untuk apa2 aktiviti.

Kalau ada, ko pi la belajar dengan dia. Sebab apa, dizaman sekarang ni 2018 dengan lebih tepat, aku bagitau ko satu hal je. Jangan belanja benda yang tak perlu, jangan makan kalau tak mampu, dan Jangan nak bergaya lebih dari kemampuan.

Tahun 2017, menyaksikan Mydin menutup banyak cawangan dan juga Kedai 1 Malaysia yang tak menguntungkan. Ko paham tak? Takde untung! Kalau modal dah kuar, tapi tak untung malah rugi, itu bukan pekerjaan yang bijak. Itu LEMBU. Bodoh tak boleh diajar, ditegur kena tepuk.

Tahun 2018, aku bagi satu ajaran kat ko yang membaca. Jangan beli rumah walaupun ko mampu untuk beli, jangan pakai kereta tapi tak tahu cara jana pendapatan dengan keta dan jangan belanja yang bukan2 kalau ko tak tahu hujung pangkal kehidupan ko.


So, pada tahun ni, aku akan gandakan lagi usaha aku untuk menjana pendapatan sampingan. Dan atas asbab aku dah memiliki sedikit harta kurniaan Tuhan, aku nak doublekan pendapatan aku. Nyawa dah free, jangan duk melepek aje kat umah. Kuar la dari zon selesa dan buatlah sesuatu. Jangan jadi LEMBU dan ikut arahan orang lain. Sebab ko bukan kuli batak kawan, bos dan sesiapapun. Ko adalah apa yang ko decide untuk jadi.

So, cadangan aku ringkas je. Buat bisnes yang tak keluarkan modal besar tapi ko boleh dapat income dari situ. Jangan join MLM, Jangan join bisnes yang guna perkataan SKIM pada pangkalnya.

Setakat ni je dulu intro aku nak kasi tau.

Tolong share dan follow twitter aku @taufiq8611

Terima kasih sudi baca.

Salam2018

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#Episode 5 : Selamat Pagi!

Salam Hari jumaat penuh barokah, aku tertunduk memohon kepada Ilahi di hening Subuh. Aku merayu-rayu supaya segala usaha aku, perngorbanan aku dan segala kudrat yang aku kerah untuk Opis aku dibalas setimpal dengan apa yang aku usahakan. Aku kerja kat tempat ni dah masuk 11 tahun. Wow! Kalau keje gomen, dah nak naik satu tangga lagi. Tapi, itulah dalam keluarga aku. Aku sorang je yang keje swasta. Adik beradik semuanya keje gomen. Tapi, aku kena bersyukur sebab masih ada kerja, masih boleh buat duit setiap bulan. Kat luar yang termenung dah berlambak. Setiap hari aku mintak supaya Allah, murahkan rezeki mudahkan rezeki masuk dan sampai kat aku. Namun, aku belum berhenti berharap denganNya. Sebab Allah tak suka kalau hambaNya tak minta. Mungkin belom sampai waktunya, mungkin bukan tahun ni aku kaya. Tak mengapa, akan aku usahakan supaya aku boleh keluar dari kepompong kehidupan yang menipu. Aku ambil contoh je, 2018 kadar pengangguran akan bertambah. Yang ada kerja akan hilang pe...

#Episode 3 : Bisnes!

Salam Intro sudah, maka lepas-lepas ni punya posting kita terus kan ajelah isinya. Maka ditahun 2018 yang sangat mencabar ini, Pakar ekonomi tahap Dewata-Raya telah mengeluarkan satu kajian yang mengatakan 50,000 atau lebih akan kehilangan pekerjaan. Andaikata setiap 1 orang yang hilang pekerjaan telahpun mempunyai hutang keliling pinggang, punya anak dan isteri. Apa akan jadi pada hutang2 dia? Kehidupan keluarga dia. Apakah mereka semua akan bebas (waive) atau dimansuhkan segala hutang atau mereka terpaksa membayar hutang tanpa tunai yang cukup. Tentulah tidak, maka tinggi kemungkinan mereka kan muflis, institusi kekeluargaan runtuh rosak dan anak-anak terbiar. Maka, segala harta benda akan di RAMPAS. Takkan nak melopong ajekan. Bagi aku, kerana ramainya yang akan dibuang KERJA, diatamatkan TUGAS dan diberikan notis VSS, maka aku terpaksa juga menyediakan payung sebelum hujan. Korang macam mana pula? Jangan asyik melihat henpon, memuat naik status di #facebook #tweet, berkongs...

#Episode 2 : Despatch

Salam Hari ni aku kuar jumpa kawan kat PJ NewTown. Biasalah adalah sikit nak mintak pandangan peribadi dia pasal bisnes aku. So, sebelum jumpa ngan dia aku tepaksa naik #uber. Kenapa aku amik Uber? Sebab harga dia munasabah berbanding #Grab atau #Teksi yang lagi tak munasabah dengan pemanduan budak baru ambil lesen. So, sementelah nak sampai sana, aku berbual la ngan Brother #Uber tu. Yang peliknya, dia tanya aku ada Job tak? aku diam kejap. Saja aku tarik perbualan dengan menjangkau lebih hal lain yang sengaja aku panjangkan untuk tahu hal yang sebenar. Dia kata bawa #Uber & #Grab tapi tak menguntungkan katanya. Lepas tu dia nak lah cari kerja sebagai Despatch. Mungkin dia pernah berbual dengan budak despatch mana ntah yang mengatakan keje despatch senang dan banyak duit. Aku cakap satu je, bro... kalau bro sayang nyawa, bro buat atau cari kerja yang gunakan Akal dan kemahiran bro. Jangan ikut cakap LANGAU. Nanti melopong je bro. Pastu aku cakap, bukan sebab pandai ta...