Langkau ke kandungan utama

#Episode 2 : Despatch

Salam

Hari ni aku kuar jumpa kawan kat PJ NewTown. Biasalah adalah sikit nak mintak pandangan peribadi dia pasal bisnes aku. So, sebelum jumpa ngan dia aku tepaksa naik #uber. Kenapa aku amik Uber? Sebab harga dia munasabah berbanding #Grab atau #Teksi yang lagi tak munasabah dengan pemanduan budak baru ambil lesen.

So, sementelah nak sampai sana, aku berbual la ngan Brother #Uber tu. Yang peliknya, dia tanya aku ada Job tak? aku diam kejap. Saja aku tarik perbualan dengan menjangkau lebih hal lain yang sengaja aku panjangkan untuk tahu hal yang sebenar.

Dia kata bawa #Uber & #Grab tapi tak menguntungkan katanya. Lepas tu dia nak lah cari kerja sebagai Despatch. Mungkin dia pernah berbual dengan budak despatch mana ntah yang mengatakan keje despatch senang dan banyak duit. Aku cakap satu je, bro... kalau bro sayang nyawa, bro buat atau cari kerja yang gunakan Akal dan kemahiran bro. Jangan ikut cakap LANGAU. Nanti melopong je bro.



Pastu aku cakap, bukan sebab pandai tapi suh korang pikir salah ke apa yang aku cakap. Kerja bawa teksi, kena cari penumpang atau penumpang cari teksi? Kalau jawapan ko, penumpang kena cari Teksi, maka start from today, please gantung kunci dan pi melepek kat rumah.

Begitulah halnya, kita yang ada lain2 keperluan, lain keinginan, lain pendapatan, lain harta kepunyaan dan lain-lain nafsu ni. Gunakan akal dan tulang 4 kerat sebaik-baiknya.

Lepas aku jumpa member aku, aku cakap ngan dia. Bro, aku harapkan pandangan yang lebih bernas dari ko yang menjawat jawatan sebagai pekerja Bank. Kalau setakat pendapat ko yang tak berapa nak bernas dan seolah-olah aku menagih simpati. Okay, please simpan ko punya pendapat untuk ko pikir sendiri apabila ko tak pegang jawatan yang ko ada hari ni.

Amacam?

Masih dilamun asmara 2017 ke?

Bangun le, 2018 sudah

Salam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

#Episode 5 : Selamat Pagi!

Salam Hari jumaat penuh barokah, aku tertunduk memohon kepada Ilahi di hening Subuh. Aku merayu-rayu supaya segala usaha aku, perngorbanan aku dan segala kudrat yang aku kerah untuk Opis aku dibalas setimpal dengan apa yang aku usahakan. Aku kerja kat tempat ni dah masuk 11 tahun. Wow! Kalau keje gomen, dah nak naik satu tangga lagi. Tapi, itulah dalam keluarga aku. Aku sorang je yang keje swasta. Adik beradik semuanya keje gomen. Tapi, aku kena bersyukur sebab masih ada kerja, masih boleh buat duit setiap bulan. Kat luar yang termenung dah berlambak. Setiap hari aku mintak supaya Allah, murahkan rezeki mudahkan rezeki masuk dan sampai kat aku. Namun, aku belum berhenti berharap denganNya. Sebab Allah tak suka kalau hambaNya tak minta. Mungkin belom sampai waktunya, mungkin bukan tahun ni aku kaya. Tak mengapa, akan aku usahakan supaya aku boleh keluar dari kepompong kehidupan yang menipu. Aku ambil contoh je, 2018 kadar pengangguran akan bertambah. Yang ada kerja akan hilang pe...

#Episode 1 : Epik Intro!

Salam Sebagai mukaddimah, Jauhi sikap tamak dan mendahulukan Kemahuan. Sebagai seorang pekerja am, aku juga tak lari dari hutang. Cuba cari 2-3 orang kawan kau yang bebas hutang. Maksudnya, dia memang dari ko kenal tak pernah berhutang, setiap hari dia datang ke tempat kerja dengan naik basikal, tidur di rumah flat yang sewa tak sampai 10% gaji yang dia dapat setiap bulan. Kawan yang selalu ko tengok di tak pi pun makan kat kedai macam ko. Dia tak isap rokok atau vape dan dia jugak tak pernah pelawa ko untuk apa2 aktiviti. Kalau ada, ko pi la belajar dengan dia. Sebab apa, dizaman sekarang ni 2018 dengan lebih tepat, aku bagitau ko satu hal je. Jangan belanja benda yang tak perlu, jangan makan kalau tak mampu, dan Jangan nak bergaya lebih dari kemampuan. Tahun 2017, menyaksikan Mydin menutup banyak cawangan dan juga Kedai 1 Malaysia yang tak menguntungkan. Ko paham tak? Takde untung! Kalau modal dah kuar, tapi tak untung malah rugi, itu bukan pekerjaan yang bijak...