Assalamua'laikum wbt & salam Sejahtera Terlebih dahulu saya ingin memuji Allah SWT yang menjadikan pembagai pelajaran dan dugaan yang banyak sekali dalam hidup saya. Sunggih, tanpa sebarang ujian dan dugaan manusia akan kekal lalai dan tiada usaha. Ya Allah, mewahkanlah Rezeki kami dan berkatilah ia yang akan menjadi darah daging kami. Dengan rezeki yang berkat, bersih akan menguatkan keimanan kami kepada kekuasaanMu. Sejak mula bekerja, saya gemar membuat pekerjaan yang tiada minat pada golongan yang sebaya saya. Saya sukakan cabaran dan kerap menaik taraf pengalaman dan kemahiran kediri saya. Hari, ini saya renung jauh kedalam mata hati saya, adakah saya telah berada diatas landasan yang betul ataupun ianya masih samar-samar. Ramai yang diluar sana berjaya dalam hidup kerana telah direzekikan mendapat kekakayaan demi kekayaan dalam masa yang singkat. Mendapat nikmat dan kekayaan yang berterusan tanpa rasa kesusahan sedikit pun. Berbeza bukan, Al...
Mengisarkan kisah dongeng moden akhir zaman. Kebenaran disebalik kisah hanya dianggap benar setelah diceritakan oleh personel bukan kisah yang ditapis dengan penapis oleh media berlesen dan editor kaki kipas. Ikuti kupasan kehidupan bersama PANCA-RABAK cerita moden!